28 June 2017

E-Day



Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semorangggg!



Alhamdulillah, raya tahun ni raya yang cukup bermakna bagi aku sebab dah bergelar tunangan orang. Selepas ngam-ngam genap 6tahun (28.06.2011-28.06.2017) kitorang berkenal berkawan bergaduh anddd finally we're one step ahead. Yeayyy! Hehe :) Memang saja pilih tarikh ni sebab nak mengabadikan kenangan 6tahun bersepak terajang ni. Ahahaha


Perasaan dia masa decide nak settle down ni memang tak hengatt punya wa cakap lu. Selagi tak settle tak sampai hari tu selagi tu duk dup dap dup dap fikir cemana nak hadap okay ke tak okay. Lepas settle je majlis yang tak sampai berapa jam tu terus fuhhhhh lega namatey! Walaupun nampak benda kecik je tunang je pun tapi tu lah yang aku rasa. Nebes wehhh


Dari sebelum raya sampai raya ketiga pagi tu aku tak habis duk tanya cik abang pancing dia suruh join pasal tak aci ah kalau aku kena hadap sorang kannn. Dah lah yang datang tu sampai 7 buah kereta. Memang gelabah la aku nak hadap sorang. Mulanya memang dia kata tak ikut tapi pancing punya pancing lastnya kena ikut jugak nak tunjuk jalan. Haha. Baru adil sesama kena; kau hadap sedara aku, aku hadap sedara kau. Sesama nebes. Sesama malu :P



Mama sarung cincin merisik. Ibu sarung cincin tunang.
Ini part paling nebes nyaris berguguran jantung gua. Hahaha


Masa ni diorang panggil aku keluar ngam-ngam lepas aku settle mengepin shawl tu. Memang ngam-ngam lepas cucuk pin last tu aku terus keluar dari bilik and diorang yang belah lelaki pun dah ready kat situ. Ohh lupa nak bagitahu aku takde hire any MUA ke apa untuk majlis ni. Takde pelamin. Hantaran buat sendiri simple je. Make up pun biasa je kakak aku touch up kan. Gambar ihsan abang tunang aku yang memang freelance photographer The I Shoot Moment :) Cuma masak je upah katering pasal taknak kelam kabut. Hihu



So this is us and our future parents. Hiks


Hantaran kitorang 5 dulang berbalas 7. Tapinya sayang takde gambar proper dengan hantaran pun sebab hantaran yang belah aku punya diorang terlambat bawak keluar pastu bila habis je majlis semorang iz toooo eksaited semua terus pakat angkat keluar. Haha. So yang ada hanya lah gambar sendirian berhad amek masa sebelum majlis dan selepas selesai. Boleh la dari takde. Dapat jugak tepek sini buat kenangan kann. Hehe





Soooo semoga dipermudahkan segala jalan untuk ke step seterusnya.



InsyaAllah!



Tunang Orang,
Ain Ayop.

07 February 2017

Selamat Tahun Baru 2017!



SELAMAT TAHUN BARUUU SEMORANGGGG!!!




LOL



Dah seminggu masuk bulan Feb ni aku baru sibuk nak bertahun baru bagai kannn. Orang dah wish sebulan lepas lagi dah. Lembs sangat. Ahahahaha. Apa nak buat, bukan selalu ada masa nak menaip karangan tak berfaedah ni pepanjang. Eh? :P



So far takde apa yang baru sangat ditahun baru aku ni. Everything seems fine je. 



Alhamdulillahh~



Ohh umur jelah kot yang makin bertambah ni. Tahun ni iolls masuk 25 dah uolls. Cepatnyaaaaa masa berlalu. Cepatnyaaaaaaaa i tuaa. Tapi seriously staff kat tempat kerja iolls termasuk doktor pun kata muka i tak macam 25 kot. Nampak macam 17 always. Baby face! Kakakaka. Mana taknya, tua tua pun perangai tak reti nak ubah tak serupa 25 langsung pun T_T



Tak kisahlah umur berapa, muka nampak macam bebudak, yang penting kena sedar diri. Huhu



Sempena tahun baru ditempat kerja baru ni (kira baru gak ahh baru setengah tahun), hari tu 24/1/17 for the first time aku berpeluang join dinner company. Tapi ni pun yang southern region jelah. CEO dan kuncu-kuncunya semua turun Melaka. Annual dinner merangkap Chinese New Year punya dinner sekaligus la ni diorang buat kat Hatten Hotel.



Tapi macam biasalah bukan semua pun dapat join sebab semua branch pun beroperasi 24jam kan. So, as always ada yang kena tinggal duk berkorban demi company la. Iolls pun antara yang terkorban masa diorang berfamily day kat Lost World of Tambun bulan doblas tahun lepas. And this time aku bernasib baik. Hehe



So, this is team ASP Medical Group (southern region)

And this is my team, KBKL.
(which is 2orang dari dalam gambar ni dah resign dan 3orang lagi tak join)



Tema malam tu merah. Of course la dah kata Chinese New Year kan. So aku yang takde langsung baju merah ni pun dengan sewenangnya lah membantai baju apa pun. Haha! Asal dia tak bagi tema pelik lagi mengarut dah la kan. Tak kuasa pulak nak beria nanti. Kehkeh



Yang penting malam tu makan semua tak kenyang even ada 8 menu pasal memasing perut tong and we end up lepak McD sejurus selepas tamatnya dinner tu. Wakakaka 



Akhir kata, semoga 2017 aku dan korang semua lebih bermakna! :D




Yang First Time Makan Sup Sirip Yu,
Ain Ayop