24 May 2016

Rekod Baru. Hiks



Cerita dia weekend hari tu tetiba rasa konfiden datang dalam diri nak drive jauh sesorang.


Biasa aku tak konfiden drive jauh sorang. Asal drive jauh mesti ada teman punya. Paling jauh sorang boleh pergi pun dari Sungai Rambai ke Kelemak jelah. Hahahahaha. Pasalnya takut mengantuk. Drive jauh ni kena banyak bebel baru maintain je energy. Jenis aku layan radio pun tak boleh pergi punya. Setakat dalam Melaka tahan lagi ah.


Tapi hari tu sebab Sabtu tu dah bawak parents aku pergi wedding kat Batu Pahat dengan konfidennya, maka hari Ahad aku pun nekad meluaskan kawasan jajahan sampai ke Pasir Gudang sana. Hehehehe. Saja cabar diri :P


Mak gua sampai rembat balang kuih uollsss!


Dan alhamdulillah i iz servaivvvv de jerni occayyyy :D :D :D


Dua jam pergi. Dua jam balik. Cabaran dia tak sama. Kemain over siap "cabaran" kannn. Hahahahahaha! Kira cabaran ah pasal sorang kan. Pagi gerak dengan tak cukup tidurnya. Malam balik dengan hujan ributnya. Dah lah rabun silau aku ni makin teruk. Bertambah-tambah lagilah nampaknyee -_____-


Tapi tak kisahlah. Quality time tu yang penting. Kah!


Walaupun tak ke mana. Sempat makan tengahari kat Kilang Bateri je. Itu pun kat food court je i guess. Pasal yang hipsturrrrr cafe semua tak bukak lagi masa ni. Faham jelah bebeudak zaman sekarang ni. Eh? Hehehehe. Tapi not bad jugaklah. Best jugak besar tempat dia. Sambil makan sambil cuci mata ;)

 


Sooooo
Yeayyyyyyy
Thank youu pakwe
Sebab percaya dengan saya
Hiks. 

14 May 2016

Doktor Bodoh Operation Bodoh



Beberapa hari ni aku perasan newsfeed penuh dengan isu doktor bodoh, pembedahan bodoh bagai buat aku tertarik nak cari terus ke wall pengkomplen. Bukan apa, niat aku nak tengok keadaan kaki yang katanya dibuang kulit saraf hidup tu.


Ye, aku bukan doktor.


Bukan jugak staff kesihatan.


Cuma aku teringatkan arwah nenek. Situasi yang sama. Keadaan kaki yang sama.


Nenek tak pernah mengadu sakit. Petang tu, aku yang perasan kaki dia merah macam kesan luka gigitan (dua titik) masa duduk mengadap beborak sebab esoknya dah nak balik KL. Aku tegur dan nenek kata dia pun tak tahu kena gigit apa. Rasa pedih pastu dia tepis macam tu je masa cabut rumput kat belakang rumah. Esoknya sebelum balik aku sempat pesan kat mak ayah mintak tengokkan kaki nenek.


Fyi, arwah nenek tak pernah ada sakit. Kencing manis, darah tinggi, semua tak pernah ada. Even rekod dekat klinik kesihatan pun takde sebab memang tak pernah ke sana pun. Setakat demam biasa, lenguh-lenguh biasa tu jelah selalu pun.


Aku ingat lagi hari tu hari Isnin. Petang lepas habis kelas aku dapat call kata nenek kena admitted Hospital Muar. Berderau darah. Esoknya, aku dapat call lagi. Mak bagitahu yang doc nak operate kaki nenek. Memula dengar aku pelik jugak. Luka bengkak sikit je setahu aku. Mak bagitahu lagi yang doc detect isi nenek bahagian tu dah membusuk. Infection.


Dannnnnnn operation tu sangat berisiko tinggi pada nenek. Doktor bagi 70/30 sebab arwah pun masa tu dah 96tahun umurnya. Memang dari mula operation sampai habis tak hehenti doa, yaasin semua. Dia punya sedih takpayah cakap. Memang emosi je semua hari tu. Tapi redha jelah. Doktor lebih tahu kerja dia. Dan dia pun bukan Tuhan nak tentukan hidup mati orang. Alhamdulillah, nenek survive the operation :)


Tapi dari lepas habis operation sampai ke akhir hayat nenek, sakitnya dia tanggung setiap kali nurse/doktor cuci buat dressing. Fuhhhh dia punya perit aku cakap sampai aku ni yang duduk jaga dia lari pergi surau menangis tersedu-sedu sana. Dan hehari nenek duk mintak bawak dia balik sebab tak tahan kena cuci T_T


Sampai ke sudahlah jugak memujuk cakap kalau balik pun still kena datang cuci. Luka tu besar. Tiga tulang jari kaki tu clear nampak belah atas. Yang bestnya perkembangan hehari positif. Daging pun dah tumbuh baru. Tulang pun dah hampir cover tapi tu lah, bila Allah kata nak amek, dia tetap amek. Genap sebulan dari tarikh admitted, nenek pergi tinggalkan semua.


Azan Maghrib.
Hari Khamis.
28/7/2011.

Hajjah Mariam Binti Haji Jamil.
13 Disember 1914 - 28 Julai 2011.
Al-Fatihah.

09 May 2016

Wedding



Sekarang ni memang musim ongkawin kan? Asal cuti je kahwin. Asal kahwin je cuti.


Baru ni 07/05 dua pupu aku sebelah ayah kahwin. Macam biasa bila masuk umur camni pantang jumpa mesti ada mulut makcik pakcik duk tanya; "Kau bila lagi?" "Eh, bila nak kahwin?" Huhuhuhu. Kekadang rasa macam malas dah nak attend memana wedding pasal malas nak menjawab. Sobsss


#EttyErman070516


Malas bukan pasal takde calon. Tapi kalau yang tanya tu pun sambil tanya sambil hulur barang seribu dua ye jugak. Mesti semangat je aku nak menjawabnya. Tahun depan pakcik! Tahun depan makcik! Ini tanya modal air liur je. Membazir lagi ada. LOL


Tiga dara atas tu amek berkat pelamin.
Lain tu semua dah mak-mak orang :p


Tapi yang sebenarnya aku ni cucu, sepupu (kiri kanan tu yang bawah tengah tu semua sepupu aku), makcik (yes, si kembar shawl marroon dengan biru tu anak buah aku), nenek (ye jugak pasal si belang atas riba mama dia tu kira cucu sulong aku) terbongsu belah ayah. Sooo aku ada sorang lagi sepupu yang bujang (yang pegang bunga) till you can ask me my turn. Har har har. Tak lama dah. InsyaAllah kalau takde apa bulan 9 ni dia jalan then only I will seriously jawab soalan pakcik makcik. Kah!





Till then,
Simpan dulu soalan makcik pakcik okay?
Muahhh ciked! 

Family Gathering - Melaka.



Cerita dia weekend hari tu sesepupu aku belah mak dari Pahang && KL datang ke Melaka. Nak sambut hari ibu lah kononnya. Tapi takdelah sambut berparty ke mende sangat pun. Just spend time sesama je kot. Hehehehe


Dorang sampai petang so malam tu pergi lepak Klebang kat Dataran Belia 1Malaysia tu sampai pukul 12 camtu. Dari Klebang gerak pulak ke Banda Hilir pasal dorang nak tengok beca lah mende lah. Eksaited kemain sesorang. Dari mula tiba Klebang sampai dah on the way balik rumah mulut memasing duk puji Melaka. Hahahahaha. I iz bangga u knowww :P


Mini beca @ Klebang
Ammar je goodboy reti duduk diam. Hehh


Lepas tu esoknya badan dah barai lenjan malam memasing gatal nak berendam pulak. So, paling dekat diorang request nak mandi air panas. Mana lagi? Air Panas Bemban jelah jawabnya. Tiket masuk dewasa RM6, kanak-kanak RM3 kalau tak silap aku. Sebab bukan aku yang bayar. Aku sesampai je dorang suruh beratur pakai wrist band dah. Huhu


Sini bebudak punya, air sesuam kuku.

Yang ni budak jugak, panas sikit dari sesuam kuku tadi. Haha


Group pertama masuk pagi tu, best sikit ah pasal clear lagi takde orang. Walaupun agak curious pasal kaler air dia tu. Padahal sulfur kot kan. Kihkih


Masuk pukul 9 keluar masa tu almost pukul 1. Fuhhh!


Komen aku kalau rasa nak pergi seseronok tengok bebudak sambil berjimat, yes boleh pergi. Kalau rasa nak have fun sebagai orang dewasa, cari tempat lain. Unless nak pekena air panas dia lah. Part rendam kaki rendam badan air panas, takde hal. Ngamm! 


Tak ramai pun since ada yang dah atas van pemalas nak turun -,,-


Till then,
With love ;)