14 May 2016

Doktor Bodoh Operation Bodoh



Beberapa hari ni aku perasan newsfeed penuh dengan isu doktor bodoh, pembedahan bodoh bagai buat aku tertarik nak cari terus ke wall pengkomplen. Bukan apa, niat aku nak tengok keadaan kaki yang katanya dibuang kulit saraf hidup tu.


Ye, aku bukan doktor.


Bukan jugak staff kesihatan.


Cuma aku teringatkan arwah nenek. Situasi yang sama. Keadaan kaki yang sama.


Nenek tak pernah mengadu sakit. Petang tu, aku yang perasan kaki dia merah macam kesan luka gigitan (dua titik) masa duduk mengadap beborak sebab esoknya dah nak balik KL. Aku tegur dan nenek kata dia pun tak tahu kena gigit apa. Rasa pedih pastu dia tepis macam tu je masa cabut rumput kat belakang rumah. Esoknya sebelum balik aku sempat pesan kat mak ayah mintak tengokkan kaki nenek.


Fyi, arwah nenek tak pernah ada sakit. Kencing manis, darah tinggi, semua tak pernah ada. Even rekod dekat klinik kesihatan pun takde sebab memang tak pernah ke sana pun. Setakat demam biasa, lenguh-lenguh biasa tu jelah selalu pun.


Aku ingat lagi hari tu hari Isnin. Petang lepas habis kelas aku dapat call kata nenek kena admitted Hospital Muar. Berderau darah. Esoknya, aku dapat call lagi. Mak bagitahu yang doc nak operate kaki nenek. Memula dengar aku pelik jugak. Luka bengkak sikit je setahu aku. Mak bagitahu lagi yang doc detect isi nenek bahagian tu dah membusuk. Infection.


Dannnnnnn operation tu sangat berisiko tinggi pada nenek. Doktor bagi 70/30 sebab arwah pun masa tu dah 96tahun umurnya. Memang dari mula operation sampai habis tak hehenti doa, yaasin semua. Dia punya sedih takpayah cakap. Memang emosi je semua hari tu. Tapi redha jelah. Doktor lebih tahu kerja dia. Dan dia pun bukan Tuhan nak tentukan hidup mati orang. Alhamdulillah, nenek survive the operation :)


Tapi dari lepas habis operation sampai ke akhir hayat nenek, sakitnya dia tanggung setiap kali nurse/doktor cuci buat dressing. Fuhhhh dia punya perit aku cakap sampai aku ni yang duduk jaga dia lari pergi surau menangis tersedu-sedu sana. Dan hehari nenek duk mintak bawak dia balik sebab tak tahan kena cuci T_T


Sampai ke sudahlah jugak memujuk cakap kalau balik pun still kena datang cuci. Luka tu besar. Tiga tulang jari kaki tu clear nampak belah atas. Yang bestnya perkembangan hehari positif. Daging pun dah tumbuh baru. Tulang pun dah hampir cover tapi tu lah, bila Allah kata nak amek, dia tetap amek. Genap sebulan dari tarikh admitted, nenek pergi tinggalkan semua.


Azan Maghrib.
Hari Khamis.
28/7/2011.

Hajjah Mariam Binti Haji Jamil.
13 Disember 1914 - 28 Julai 2011.
Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment