25 June 2016

Uncle Yem C Bumiputra Rockers



Minggu lepas aku dikejutkan dengan satu post dari page Guitarist Malaysia yang dishare oleh adik sepupu aku. Dalam post tu terpampang gambar Uncle Yem C BPR yang aku pernah kenal masa kerja kat klinik dulu. Uncle Yem disahkan sakit kanser tulang dan tak boleh kerja dah.


Dulu masa kerja klinik rapat dengan isteri dia, Aunty Jojo since dia kerja kat saloon sebelah je. Pagi, petang sebelum balik mesti dia lepak klinik tunggu Uncle :) Tapi sejak dia pindah kat Kempas, Johor aku dah lost contact since pernah sekali aku ke Johor call, tak dapat. Rupanya masa tu dia balik Filipina amek anak-anak dia semua balik sini, duduk sini.


Sumpah malam lepas aku tahu tu meleleh air mata terus rasa nak call Aunty but then its too late sebab masa tu pukul 2am. Gila nak call orang pukul 2am? Kalau dengan pakwe yelah aku berani. Hahahaha. So tak tahan punya pasal, pagi bangun tidur aku terus contact balik andddd yes dapat! Malam hari Ahad tu jugak aku pergi melawat dia kat rumah.


Sedih tengok keadaan Uncle sekarang. Tak boleh jalan. Tak boleh cakap.


Anak diorang yang berempat tu pun tak habis sekolah lagi. Now tengah usahakan cemana. Dengan Uncle sakit. Dengan anak-anak nak sekolah. Aunty setakat bulan puasa ni dapatlah berniaga kat Bazaar Ramadhan R&R Sungai Rambai. Aunty jual roti john dan kuih-muih. Aunty jugak buat part time kat saloon kat pekan tu, pagi sampai tengahari.


Hari Ahad datang melawat, hari Isnin datang lagi dengan adik-adik klinik dulu pergi berbuka sama dengan diorang. Since aku memang peminat tegar roti john, aku order je kat Aunty. Hehehehe. Tapi bukan order saja, bayar okayy. Walaupun memula Aunty tolak. Dia nak belanja. 

"Aunty tak sukalah orang susah-susah bagi tu tolong ni. Aaunty suka Aunty yang bagi orang." 

Antara ayat dia yang lekat kat kepala otak aku. Aunty is very nice person la. Dulu masa kerja sesama apa je yang dia kedekut. Makan roti 85sen tu pun offer nak share. Ada satu masa adik-adik klinik aku cerita, Uncle siap buatkan dorang murtabak maggi for breakfast. So how come kitorang boleh nak pandang saja to this family?


Kitorang cuba tolong mana yang termampu ;)




And alhamdulillah, malam tadi YB Sungai Rambai & TV3 datang melawat keluarga ni. But since im not there so aku tak tahu apa yang diorang janjikan. Tanya their first child, Jafny Firdaus pun dia tak faham bahasa kita sangat. "I hope i could understand but the word they speak are too deep i think."


Hahahahahaha -__________-


Tapi apa pun semoga ada penyelesaiannya. InsyaAllah :)



Kalau ada yang nak buat sumbangan boleh direct bank in ke akaun Uncle :-



IBRAHIM BIN MUSA 040044 10000 45365 (BSN)




Atau kalau ada geng yang duduk area Sungai Rambai, boleh serang gerai Aunty beli roti john!



Yang Eacah Prihatin,
Bakal YB Ain Ayop.

17 June 2016

Puasa



Puasa puasa ni semprang pun selalu berangan nak kurus kan?


Kononlah. 
Padahal puasa ni lah yang paling banyak makan tak sedar. Hehehe


Tapi tu koranglah :P


Aku rasa puasa tahun ni aku kurang selera makan. Sangat. Tak macam puasa lelepas. Kalau dulu berbuka mesti nak kena ada nasi. Sampai mak hehari duk cakap aku ikut ayah kuat makan. Tapi memang pun kalau hari tak puasa breakfast roti canai kosong 2 keping dengan nasi lemak telur mata selambaa! Macam bela saka. Hahahahahahaha


Tapi puasa ni dah dua minggu ni rasanya baru sekali aku berbuka nasi. Ada satu hari tu berbuka duk makan kuih buah melaka je pun dah kenyang. Dah lah sahur aku bantai makan coco crunch je. Seharian tak jumpa nasi. Terasa hilang satu nikmat dunia. Huhu


Bukan taknak makan, takde selera.
Kembang kuncup tekak tengok nasi ;(


Nak kata #MisiKurusRaya tu takdelah sebab aku memang tak pernah rasa nak kurus pun. Setakat acah pakwe je selalu. Saja nak dengar dia membebel macam mak nenek je. Hehehehe. Mungkin pasal tak sihat hari tu selera takde so terbawak-bawak sampai hari ni. 


Eh, entahlah.
Risau jugak kekadang fikir rutin dah jadi luar dari kebiasaan ni.


Kalau memang dah sampai masa nak kurus pun, aku nak kurus pipi je boleh?




Yang Benar Lagi Membenarkan,
Si aku yang nak kurus pipi jekk

15 June 2016

Berjimba


**Ini adalah entry sambungan**


Since dah balik kampung, it's a must kot pergi terjun sungai. Huhu


Excuse my baju pasal baju recycle je. Malas basuh. Kakaka


U can google lah "Kampung Lasah, Sg Siput (U)" then only u know yang kampung iolls ni memang kampung betul. Mungkin boleh masuk dalam kategori pendalaman. Tapi tak pendalaman sangatlah kot pasal atas lagi tu ada lagi pendalaman. Kampung orang asli. Hahahahahahahahahahahahahahahaha T__T


Tak malu pun nak mengaku kampung pendalaman pasal tu lah pun yang best. Hihi


Belakang rumah sungai. Jalan sana sikit lata. Jalan sini sikit jeram. Apa lagi nakk?


Ohh ye. Kalau kaki hiking tahulah area situ pasal ada Bukit Berekeh aka Bukit Botak yang selalu dorang kaki panjat ni terjah. Ada lima puncak bukit tu tak silap. Aku berkali dah berangan nak naik tapi sepupu semua kedekut taknak bawak. Ada gimau bagailah katanya. Haihhh


Dan paling penting dusun durian sini sana dah ready nak kena serbu bulan 7 ni :P


Okay sambungggggggggg


Lepas penat mandi sungai, kitorang yang bujang dan bebesar sikit ni gerak merayau berjimba. Yang kategori mak-mak ayah-ayah semua sibuk berendam lagi sampai matahari ghaib gamaknya. Melayankan anak-anak yang tak nak balik. Haha. Kan dah cakap best tadi kan? :3


So merayau punya rayau tetiba sesedar dah sampai Dataran Ipoh lepas tu sesedar lagi sekali dah dekat Padang Polo pulak. Kakakaka. Semua pun main sesedar je pasal bukan gua yang drive kan. Duduk sebelah goyang kaki jek. Hehehehe


DATARAN IPOH
Char Kuey Tiow dia power gilos wa cakap lu!
Udang bebesar manis lagi fresh lepas tu banyakkkkk
Harga affordable ah makan 5orang RM50 tak sampaiii


PADANG POLO
Pasal hari tu kat Melaka iolls tak dapat main.
Iolls repeat ah kat sini. Hiks


Malam lepas balik ni lah iolls bantai migraine.


Tapi steady lagi esoknya tu drive balik Melaka. Dah keluar highway nak masuk AMJ baru rasa tak tahan sangat then tukar dengan ayah. Lepas tu minggu depannya, 3 hari gua bantai MC pasal migraine pakej dengan muntah demam segala. Hahahaha. Badan kena lenjan teruk!


Half of us pasal ada yang dah balik awal pagi.


Since raya nanti tak jumpa.
Gonna missing this memories.
Much love.

14 June 2016

Family Gathering - Perak.



Last two weeks iolls amek cuti panjang bawak mak ayah balik kampung.


Macam biasalah tetiap tahun pun sebelum start puasa memang opah akan request nak buat kenduri tahlil untuk arwah atok plus, sambut puasa sekali jalanlah kiranya. So tahun ni memandangkan ramai yang turn raya rumah mertua, kitorang anak cucu semua sepakat nak balik gathering sekali. Hehe.


Kat kampung sana, kenduri biasa kitorang memang pakai katering jek. Sebab memasing kerja bagai susah nak balik awal masak ke apa. Aku pun hari tu Khamis petang baru sampai. Kenduri esoknya. Balik ngam-ngam pasang langsir kekemas sikit je. Luar pasang 3-4 kanopi siap makan goodies semua hulur 3-4k, settle.




Yang best kenduri tahlil arwah sana pun meriah macam kenduri kahwin. Huhu


Maksud aku jemputan dia, makanan dia, andddd kalau kat sana kenduri camtu pun dorang ada yang part "salam kaut" tu. Hihi. Kalau kat Melaka ni jumpa salam kaut tu time kenduri kahwin je. Kenduri bebiasa lain ni takde de orang nak salam camtu. Melaka yang best kenduri ni part gotong-royong pulak. Hehe. Riuh-rendah.


Eh, pengantin ke ni? Kakakaka


Pakai katering pun bila habis tu dia punya penat lebih kurang ah. Pasal kena susun kerusi meja bagai tu. Dorang tak kutip terus sebab esok ke lusanya camtu ada kenduri dedekat situ pakai dia jugak. Pinggan mangkuk periuk je dorang settle. Ikutkan tak payah susun takpe meja kerusi tu tapi tu lah kereta anak cucu semua sesepah dah tumpang park rumah orang. Huhu


Pasal malam tu kanopi semua ada lagi, kitorang redah sambut birthday pastu main music chair bagai. Hahahaha. Nama pun redah. Benda memang tak plan pun so kita redah jelah! Hadiah pun main korek dalam purse wallet memasing jek. Kihkih


Whatever it is, iolls seronok angattt pasal menang kategori dewasa hokkayyyy :DDD
 

Jadilah buat lap peluh. Hihi

Habis hari pertama.
Malam tu, iolls dengan si Ammar lah yang paling lena tidur.
Hiks.