Puasa
Puasa puasa ni semprang pun selalu berangan nak kurus kan?
Kononlah.
Padahal puasa ni lah yang paling banyak makan tak sedar. Hehehe
Tapi tu koranglah :P
Aku rasa puasa tahun ni aku kurang selera makan. Sangat. Tak macam puasa lelepas. Kalau dulu berbuka mesti nak kena ada nasi. Sampai mak hehari duk cakap aku ikut ayah kuat makan. Tapi memang pun kalau hari tak puasa breakfast roti canai kosong 2 keping dengan nasi lemak telur mata selambaa! Macam bela saka. Hahahahahahaha
Tapi puasa ni dah dua minggu ni rasanya baru sekali aku berbuka nasi. Ada satu hari tu berbuka duk makan kuih buah melaka je pun dah kenyang. Dah lah sahur aku bantai makan coco crunch je. Seharian tak jumpa nasi. Terasa hilang satu nikmat dunia. Huhu
Bukan taknak makan, takde selera.
Kembang kuncup tekak tengok nasi ;(
Nak kata #MisiKurusRaya tu takdelah sebab aku memang tak pernah rasa nak kurus pun. Setakat acah pakwe je selalu. Saja nak dengar dia membebel macam mak nenek je. Hehehehe. Mungkin pasal tak sihat hari tu selera takde so terbawak-bawak sampai hari ni.
Eh, entahlah.
Risau jugak kekadang fikir rutin dah jadi luar dari kebiasaan ni.
Kalau memang dah sampai masa nak kurus pun, aku nak kurus pipi je boleh?
Yang Benar Lagi Membenarkan,
Si aku yang nak kurus pipi jekk
No comments:
Post a Comment