Uncle Yem C Bumiputra Rockers
Minggu lepas aku dikejutkan dengan satu post dari page Guitarist Malaysia yang dishare oleh adik sepupu aku. Dalam post tu terpampang gambar Uncle Yem C BPR yang aku pernah kenal masa kerja kat klinik dulu. Uncle Yem disahkan sakit kanser tulang dan tak boleh kerja dah.
Dulu masa kerja klinik rapat dengan isteri dia, Aunty Jojo since dia kerja kat saloon sebelah je. Pagi, petang sebelum balik mesti dia lepak klinik tunggu Uncle :) Tapi sejak dia pindah kat Kempas, Johor aku dah lost contact since pernah sekali aku ke Johor call, tak dapat. Rupanya masa tu dia balik Filipina amek anak-anak dia semua balik sini, duduk sini.
Sumpah malam lepas aku tahu tu meleleh air mata terus rasa nak call Aunty but then its too late sebab masa tu pukul 2am. Gila nak call orang pukul 2am? Kalau dengan pakwe yelah aku berani. Hahahaha. So tak tahan punya pasal, pagi bangun tidur aku terus contact balik andddd yes dapat! Malam hari Ahad tu jugak aku pergi melawat dia kat rumah.
Sedih tengok keadaan Uncle sekarang. Tak boleh jalan. Tak boleh cakap.
Anak diorang yang berempat tu pun tak habis sekolah lagi. Now tengah usahakan cemana. Dengan Uncle sakit. Dengan anak-anak nak sekolah. Aunty setakat bulan puasa ni dapatlah berniaga kat Bazaar Ramadhan R&R Sungai Rambai. Aunty jual roti john dan kuih-muih. Aunty jugak buat part time kat saloon kat pekan tu, pagi sampai tengahari.
Hari Ahad datang melawat, hari Isnin datang lagi dengan adik-adik klinik dulu pergi berbuka sama dengan diorang. Since aku memang peminat tegar roti john, aku order je kat Aunty. Hehehehe. Tapi bukan order saja, bayar okayy. Walaupun memula Aunty tolak. Dia nak belanja.
"Aunty tak sukalah orang susah-susah bagi tu tolong ni. Aaunty suka Aunty yang bagi orang."
Antara ayat dia yang lekat kat kepala otak aku. Aunty is very nice person la. Dulu masa kerja sesama apa je yang dia kedekut. Makan roti 85sen tu pun offer nak share. Ada satu masa adik-adik klinik aku cerita, Uncle siap buatkan dorang murtabak maggi for breakfast. So how come kitorang boleh nak pandang saja to this family?
Kitorang cuba tolong mana yang termampu ;)
And alhamdulillah, malam tadi YB Sungai Rambai & TV3 datang melawat keluarga ni. But since im not there so aku tak tahu apa yang diorang janjikan. Tanya their first child, Jafny Firdaus pun dia tak faham bahasa kita sangat. "I hope i could understand but the word they speak are too deep i think."
Hahahahahaha -__________-
Tapi apa pun semoga ada penyelesaiannya. InsyaAllah :)
Kalau ada yang nak buat sumbangan boleh direct bank in ke akaun Uncle :-
IBRAHIM BIN MUSA 040044 10000 45365 (BSN)
Atau kalau ada geng yang duduk area Sungai Rambai, boleh serang gerai Aunty beli roti john!
Yang Eacah Prihatin,
Bakal YB Ain Ayop.
Hari ini sy mndapt brita beliau telah kmbali ke rahmahtullah. Alfatihah.
ReplyDeleteYe betul. Arwah dah pergi tinggalkan kita pada 4/10/16 hari tu :(
DeleteHari ini sy mendapat berita beliau telah kembali ke rahmahtullah. Alfatihah.
ReplyDelete