Last two weeks iolls amek cuti panjang bawak mak ayah balik kampung.
Macam biasalah tetiap tahun pun sebelum start puasa memang opah akan request nak buat kenduri tahlil untuk arwah atok plus, sambut puasa sekali jalanlah kiranya. So tahun ni memandangkan ramai yang turn raya rumah mertua, kitorang anak cucu semua sepakat nak balik gathering sekali. Hehe.
Kat kampung sana, kenduri biasa kitorang memang pakai katering jek. Sebab memasing kerja bagai susah nak balik awal masak ke apa. Aku pun hari tu Khamis petang baru sampai. Kenduri esoknya. Balik ngam-ngam pasang langsir kekemas sikit je. Luar pasang 3-4 kanopi siap makan goodies semua hulur 3-4k, settle.
Yang best kenduri tahlil arwah sana pun meriah macam kenduri kahwin. Huhu
Maksud aku jemputan dia, makanan dia, andddd kalau kat sana kenduri camtu pun dorang ada yang part "salam kaut" tu. Hihi. Kalau kat Melaka ni jumpa salam kaut tu time kenduri kahwin je. Kenduri bebiasa lain ni takde de orang nak salam camtu. Melaka yang best kenduri ni part gotong-royong pulak. Hehe. Riuh-rendah.
Eh, pengantin ke ni? Kakakaka
Pakai katering pun bila habis tu dia punya penat lebih kurang ah. Pasal kena susun kerusi meja bagai tu. Dorang tak kutip terus sebab esok ke lusanya camtu ada kenduri dedekat situ pakai dia jugak. Pinggan mangkuk periuk je dorang settle. Ikutkan tak payah susun takpe meja kerusi tu tapi tu lah kereta anak cucu semua sesepah dah tumpang park rumah orang. Huhu
Pasal malam tu kanopi semua ada lagi, kitorang redah sambut birthday pastu main music chair bagai. Hahahaha. Nama pun redah. Benda memang tak plan pun so kita redah jelah! Hadiah pun main korek dalam purse wallet memasing jek. Kihkih
Whatever it is, iolls seronok angattt pasal menang kategori dewasa hokkayyyy :DDD
Jadilah buat lap peluh. Hihi
Habis hari pertama.
Malam tu, iolls dengan si Ammar lah yang paling lena tidur.
Hiks.
No comments:
Post a Comment