27 October 2016

Selamat Jalan, Uncle!



Lama tak menaip sesejak tukar tempat kerja baru ni.


Empat bulan lepas aku pernah menaip pasal Uncle Yem C, ex gitaris kumpulan rock terkenal tanah air; Bumiputera Rockers (BPR). Hari ni aku menaip lagi. Tentang orang yang sama tapi dalam keadaan yang berbeza. Sangat berbeza.


Sungai Rambai.
04 Oktober 2016.
08:30 Malam.
Selasa.


Uncle menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas isteri dan keluarga selesai solat Isyak. 




Innalillah.


Terngiang-ngiang lagi dalam kepala aku suara aunty menangis dalam phone malam tu. She's at her weakest point masa tu. Sangat. Selama kenal aku tak pernah sekali pun tengok dia lemah, sedih. Even ada masalah ke apa, tak pernah tak senyum. Always happy go lucky je. Periang sangat. Tapi malam tu, aunty hilang separuh dari diri dia :(


Even sampai hari ni pun, aunty selalu cakap rindu. Terasa macam arwah still ada.


Semoga arwah uncle ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,
InsyaAllah.



AL-FATIHAH
IBRAHIM BIN MUSA
(02041962-04102016)

No comments:

Post a Comment