13 November 2016

Anak Buah Baru!



Setelah sekian lama Ayong dan Angah berhenti memproduce anak buah untuk aku, akhirnya hujung bulan lepas 26 Okt 2016 lebih kurang 4am macam tu, bertambah jugak anak buah aku. 



Yeayyyy, thank you Angah for the lucky number nineee!!!!!



Takdelah bosan 4tahun guna jawapan yang sama. Muahahahaha


 











Kiri gambar masa belum sehari pun. Baru lebih kurang 12jam camtu.
Kanan gambar dah seminggu lebih tapi still takde nama. Haha!



I dont know why anak yang ni kemain susah lagi abang aku nak bagi nama. Dekat doblas hari jugak baru jumpa nama. Jangan kata NUR IZZAH TASNIM ni yang last dah la. Eh? Hehehehe. 



Adik-beradik tak ramai. So, anak-anak buah ni la yang meramaikan majlis selalu :)



Even ada masa semak jugaklah telinga aku ni kalau dah reramai tu (haha!) tapi tu lah yang best pun. And im sure anak-anak buah aku semua pun konfem senak telinga selalu pasal aku rajin memekak. Pantang ada yang tak kena. Ahahahaha bertabahlahhhh~



Dah tua camni baru nak merasa ada "adik-beradik" aku ni. Pasalnya dari kecik duk membesau sendiri je. Pergi sekolah sorang. Pergi jalan sorang. Pergi shopping sorang. Pergi balik kampung sorang. Dah kakak & abang beza sampai 15-17tahun, mana taknya. Serupa anak tunggal je dah. Buat apa pergi mana semua lone ranger ngattt. Cedih.



So sekarang ni lah masanya. Anak buah yang sulung pun dah 16tahun dah pandai ajak pergi Tempatan Fest bagai -,- And bulan doblas ni cuti sekolah dah bersuara dah tu ajak balik kampung pasal nak memanjat Bukit Berekeh yang tetiba famous tu. Haha. 



Layan jelah labuuu tadi nak sangat anak buah ramai  -___________________-



Lanje ciked gambar raya dengan anak buah sulung, 16tahun & anak buah nombor lapan, 4tahun. 


And i pun ada anak buah yang; 


14tahun(girl), 


12tahun(girl), 


10tahun(boy), 


8tahun(girl), 


6tahun(boy) 


dannnn 


another 


4tahun(girl)


in between






Fuhhh!





Yang Penat Mengira Anak Buah,
Ain Si Busu Penyayang.

27 October 2016

Selamat Jalan, Uncle!



Lama tak menaip sesejak tukar tempat kerja baru ni.


Empat bulan lepas aku pernah menaip pasal Uncle Yem C, ex gitaris kumpulan rock terkenal tanah air; Bumiputera Rockers (BPR). Hari ni aku menaip lagi. Tentang orang yang sama tapi dalam keadaan yang berbeza. Sangat berbeza.


Sungai Rambai.
04 Oktober 2016.
08:30 Malam.
Selasa.


Uncle menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas isteri dan keluarga selesai solat Isyak. 




Innalillah.


Terngiang-ngiang lagi dalam kepala aku suara aunty menangis dalam phone malam tu. She's at her weakest point masa tu. Sangat. Selama kenal aku tak pernah sekali pun tengok dia lemah, sedih. Even ada masalah ke apa, tak pernah tak senyum. Always happy go lucky je. Periang sangat. Tapi malam tu, aunty hilang separuh dari diri dia :(


Even sampai hari ni pun, aunty selalu cakap rindu. Terasa macam arwah still ada.


Semoga arwah uncle ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,
InsyaAllah.



AL-FATIHAH
IBRAHIM BIN MUSA
(02041962-04102016)

25 July 2016

Panas Baran



Cerita dia malam tadi ada sorang membe ni tanya aku cemana cara aku handle lelaki jenis panas baran. Sebab katanya dia nampak aku dulu masa dengan Encik XYZ (which is in 2010) rilek je. Hahahahaha. Seriously? Sebenarnyaaaa dalam kes dia ni


1) Orang yang ramai duk kata dia panas baran. Kalau kau tanya aku, aku tak pernah sekali pun jumpa dia yang macam tu. Sepanjang kenal, sekali pun dia tak pernah tinggi suara dengan aku. Kalau marah aku, dia angkat kaki blah je. Sikit pun takde marah apatah lagi pukul. Ini fakta ni. Aku tak tipu.

2) Lagipun dalam tempoh enam bulan tu aku rasa tak cukup lagi pun nak bebetul kenal true color seseorang. Mungkin masa tu baik punya cover lagi. So dia pun tak pernah jumpa lagi perangai setan aku mungkin sebab tu dia macam tu (1). 


Tapi aku ingat je lagi kes rebut roti canai sekeping dengan bebudak rumah dia.  Dia punya hangin macam kan berebut emas 30kg. Ahahahahahahahahahahahahahahaha bapak lawakk!


K dah. Lupakan dia.

..................................................


Sebenarnya aku yang baaaanyakkkk sangat belajar pasal panas baran ni dengan dak pakwe. Serious cakap. Dah masuk tahun ke 6 ni rasa dah masak sangat dah dengan hangin dia. Tapi dia pun pandai kontrol dah sekarang ni. Cuma kekadang je ada terlepas sesikit. Hehehehehe. Takpelah tu. Tahniah & thank you sayanggg :* 


Susah okay nak buang baran ni.


Pada aku nak handle orang jenis ni tak susah kalau kau tahu all the dosss and don'tsss :) 


This one, kena tanyalah tuan punya badan sendiri apa yang dia suka apa yang dia tak suka. Aku pun memula dulu setahun dua tu hampeh jugak sebulan sekali dua tu kau siap jelah mesti ada punya masa-masa kena get ready skills nak bukak gelanggang silat, sumo, muay thai segala. Hahahahahaha


Cara aku biasa waktu-waktu puncak macam waktu tidur (lepas bangun tidur), waktu makan, haaaa itu kena pasang kekuda siap. Ready kan je diri kau tu. Kalau boleh time ni jangan buat hal pasal time camni lah selalu nak lava panas dalam dada tu meletopnya pun -,- 


Tapi tapiiii tapiiiiiii kalau dah terpaksa sangat tahan sikit bagi masa make sure kesayangan semua cukup tidur, dah bebetul sedar dari mamai tidur tu, dah cukup makan baru boleh nak start. Serious. Tips ni tips!


Gambar ni diambil sejurus selepas makan tengahari 
yakni selepas puas bergaduh bertekak pasal lapau -,,-


Sebenarnya aku pun jadi nak taip entry ni pasal pakwe baru mengamuk pagi tadi pasal dia terrrrrr-insecure sendiri. Ahahahahaha. Sedih jugak pakwe aku ni kekadang. Nasib baik engko tak sihat banggg T________T


Yang Acah Tahu,      
Dak Ain le siapa lagi.

23 July 2016

Raya 2016



Raya tahun ni hakak rasa hakak dah dewasa sangat. Lol


First time beraya TANPA BAJU RAYAAAAAAA


Walau sehelai punn T___________T




Gambar first pagi raya memang tetiap tahun pun sempoi mempoi je pasal adik-beradik tiga orang je lepas tu dua dah kahwin lepas tu time first day raya memang tak pernah yang lengkapnya. Kalau tahun ni dengan Ayong, Angah takde. Lepas tu tahun depan dengan Angah, Ayong pulak takde. Dan begitulah rotationnya sampai lebam. Walaupun memasing kahwin dengan orang Melaka je jugak. Har har har


Sebab kitorang tiap tahun kan raya Perakkkk :)))))


Lepas tu Angah i tu kan Pegawai Penjara so jenis kerja shift ni memang susah sikitlah nak dapat sama kann. Ada tahun boleh beraya dengan family. Ada tahun kena beraya dengan banduan. Raikan family banduan. Hehehehe


Tahun ni cuti raya habis kat Perak je dari Selasa tu aku taaarikkkkkkk sampai Sabtu baru gerak balik Melaka. Makanya raya aku kat Melaka hanyalah hari Ahad tu jee. Hehe. Itu pun aku redah dengan adik-adik klinik dulu je. Pergi rumah Aunty Jojo & Uncle Yem. Lepas tu pergi rumah doktor. Lepas tu open house sebijik. Lain tak jumpa lagi. Isnin dah start kerja. Kakakaka




Tapi hari Isnin tu malam lepas balik kerja terus ajak mak ayah beraya rumah nenek sedara semua. Sebabnya dorang kalau takde aku memang takde siapalah yang nak bawakkan. Yang lain dah ada family sendiri kannn :D


Gambar raya pertama iolls pada raya ke-6 :D


Isnin bawak ke Selasa malam tu dua hari jelah pergi round raya dengan mak & ayah. Lepas tu tak larat dah aku sambung kerjaaaaaaaaaaaaa sampai habis minggu tu. Sabtu baru sambung raya dengan pakwe pulak pasal pakwe baru start cuti raya pada raya kesepuluh. Kakakakaka


Tapi bukan raya pun sebenarnya, teman dia attend wedding membe sekelas kat UiTM dulu :)


Congrats Effy & Ainna!


And our gambar raya tahun ni be likeeeeeeeeeee



HA   HA   HA   HA   HA   HA   HA   HA   HA





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MULIA GAISSSSSS
MAAF ZAHIR DAN BATIN!

25 June 2016

Uncle Yem C Bumiputra Rockers



Minggu lepas aku dikejutkan dengan satu post dari page Guitarist Malaysia yang dishare oleh adik sepupu aku. Dalam post tu terpampang gambar Uncle Yem C BPR yang aku pernah kenal masa kerja kat klinik dulu. Uncle Yem disahkan sakit kanser tulang dan tak boleh kerja dah.


Dulu masa kerja klinik rapat dengan isteri dia, Aunty Jojo since dia kerja kat saloon sebelah je. Pagi, petang sebelum balik mesti dia lepak klinik tunggu Uncle :) Tapi sejak dia pindah kat Kempas, Johor aku dah lost contact since pernah sekali aku ke Johor call, tak dapat. Rupanya masa tu dia balik Filipina amek anak-anak dia semua balik sini, duduk sini.


Sumpah malam lepas aku tahu tu meleleh air mata terus rasa nak call Aunty but then its too late sebab masa tu pukul 2am. Gila nak call orang pukul 2am? Kalau dengan pakwe yelah aku berani. Hahahaha. So tak tahan punya pasal, pagi bangun tidur aku terus contact balik andddd yes dapat! Malam hari Ahad tu jugak aku pergi melawat dia kat rumah.


Sedih tengok keadaan Uncle sekarang. Tak boleh jalan. Tak boleh cakap.


Anak diorang yang berempat tu pun tak habis sekolah lagi. Now tengah usahakan cemana. Dengan Uncle sakit. Dengan anak-anak nak sekolah. Aunty setakat bulan puasa ni dapatlah berniaga kat Bazaar Ramadhan R&R Sungai Rambai. Aunty jual roti john dan kuih-muih. Aunty jugak buat part time kat saloon kat pekan tu, pagi sampai tengahari.


Hari Ahad datang melawat, hari Isnin datang lagi dengan adik-adik klinik dulu pergi berbuka sama dengan diorang. Since aku memang peminat tegar roti john, aku order je kat Aunty. Hehehehe. Tapi bukan order saja, bayar okayy. Walaupun memula Aunty tolak. Dia nak belanja. 

"Aunty tak sukalah orang susah-susah bagi tu tolong ni. Aaunty suka Aunty yang bagi orang." 

Antara ayat dia yang lekat kat kepala otak aku. Aunty is very nice person la. Dulu masa kerja sesama apa je yang dia kedekut. Makan roti 85sen tu pun offer nak share. Ada satu masa adik-adik klinik aku cerita, Uncle siap buatkan dorang murtabak maggi for breakfast. So how come kitorang boleh nak pandang saja to this family?


Kitorang cuba tolong mana yang termampu ;)




And alhamdulillah, malam tadi YB Sungai Rambai & TV3 datang melawat keluarga ni. But since im not there so aku tak tahu apa yang diorang janjikan. Tanya their first child, Jafny Firdaus pun dia tak faham bahasa kita sangat. "I hope i could understand but the word they speak are too deep i think."


Hahahahahaha -__________-


Tapi apa pun semoga ada penyelesaiannya. InsyaAllah :)



Kalau ada yang nak buat sumbangan boleh direct bank in ke akaun Uncle :-



IBRAHIM BIN MUSA 040044 10000 45365 (BSN)




Atau kalau ada geng yang duduk area Sungai Rambai, boleh serang gerai Aunty beli roti john!



Yang Eacah Prihatin,
Bakal YB Ain Ayop.

17 June 2016

Puasa



Puasa puasa ni semprang pun selalu berangan nak kurus kan?


Kononlah. 
Padahal puasa ni lah yang paling banyak makan tak sedar. Hehehe


Tapi tu koranglah :P


Aku rasa puasa tahun ni aku kurang selera makan. Sangat. Tak macam puasa lelepas. Kalau dulu berbuka mesti nak kena ada nasi. Sampai mak hehari duk cakap aku ikut ayah kuat makan. Tapi memang pun kalau hari tak puasa breakfast roti canai kosong 2 keping dengan nasi lemak telur mata selambaa! Macam bela saka. Hahahahahahaha


Tapi puasa ni dah dua minggu ni rasanya baru sekali aku berbuka nasi. Ada satu hari tu berbuka duk makan kuih buah melaka je pun dah kenyang. Dah lah sahur aku bantai makan coco crunch je. Seharian tak jumpa nasi. Terasa hilang satu nikmat dunia. Huhu


Bukan taknak makan, takde selera.
Kembang kuncup tekak tengok nasi ;(


Nak kata #MisiKurusRaya tu takdelah sebab aku memang tak pernah rasa nak kurus pun. Setakat acah pakwe je selalu. Saja nak dengar dia membebel macam mak nenek je. Hehehehe. Mungkin pasal tak sihat hari tu selera takde so terbawak-bawak sampai hari ni. 


Eh, entahlah.
Risau jugak kekadang fikir rutin dah jadi luar dari kebiasaan ni.


Kalau memang dah sampai masa nak kurus pun, aku nak kurus pipi je boleh?




Yang Benar Lagi Membenarkan,
Si aku yang nak kurus pipi jekk

15 June 2016

Berjimba


**Ini adalah entry sambungan**


Since dah balik kampung, it's a must kot pergi terjun sungai. Huhu


Excuse my baju pasal baju recycle je. Malas basuh. Kakaka


U can google lah "Kampung Lasah, Sg Siput (U)" then only u know yang kampung iolls ni memang kampung betul. Mungkin boleh masuk dalam kategori pendalaman. Tapi tak pendalaman sangatlah kot pasal atas lagi tu ada lagi pendalaman. Kampung orang asli. Hahahahahahahahahahahahahahahaha T__T


Tak malu pun nak mengaku kampung pendalaman pasal tu lah pun yang best. Hihi


Belakang rumah sungai. Jalan sana sikit lata. Jalan sini sikit jeram. Apa lagi nakk?


Ohh ye. Kalau kaki hiking tahulah area situ pasal ada Bukit Berekeh aka Bukit Botak yang selalu dorang kaki panjat ni terjah. Ada lima puncak bukit tu tak silap. Aku berkali dah berangan nak naik tapi sepupu semua kedekut taknak bawak. Ada gimau bagailah katanya. Haihhh


Dan paling penting dusun durian sini sana dah ready nak kena serbu bulan 7 ni :P


Okay sambungggggggggg


Lepas penat mandi sungai, kitorang yang bujang dan bebesar sikit ni gerak merayau berjimba. Yang kategori mak-mak ayah-ayah semua sibuk berendam lagi sampai matahari ghaib gamaknya. Melayankan anak-anak yang tak nak balik. Haha. Kan dah cakap best tadi kan? :3


So merayau punya rayau tetiba sesedar dah sampai Dataran Ipoh lepas tu sesedar lagi sekali dah dekat Padang Polo pulak. Kakakaka. Semua pun main sesedar je pasal bukan gua yang drive kan. Duduk sebelah goyang kaki jek. Hehehehe


DATARAN IPOH
Char Kuey Tiow dia power gilos wa cakap lu!
Udang bebesar manis lagi fresh lepas tu banyakkkkk
Harga affordable ah makan 5orang RM50 tak sampaiii


PADANG POLO
Pasal hari tu kat Melaka iolls tak dapat main.
Iolls repeat ah kat sini. Hiks


Malam lepas balik ni lah iolls bantai migraine.


Tapi steady lagi esoknya tu drive balik Melaka. Dah keluar highway nak masuk AMJ baru rasa tak tahan sangat then tukar dengan ayah. Lepas tu minggu depannya, 3 hari gua bantai MC pasal migraine pakej dengan muntah demam segala. Hahahaha. Badan kena lenjan teruk!


Half of us pasal ada yang dah balik awal pagi.


Since raya nanti tak jumpa.
Gonna missing this memories.
Much love.

14 June 2016

Family Gathering - Perak.



Last two weeks iolls amek cuti panjang bawak mak ayah balik kampung.


Macam biasalah tetiap tahun pun sebelum start puasa memang opah akan request nak buat kenduri tahlil untuk arwah atok plus, sambut puasa sekali jalanlah kiranya. So tahun ni memandangkan ramai yang turn raya rumah mertua, kitorang anak cucu semua sepakat nak balik gathering sekali. Hehe.


Kat kampung sana, kenduri biasa kitorang memang pakai katering jek. Sebab memasing kerja bagai susah nak balik awal masak ke apa. Aku pun hari tu Khamis petang baru sampai. Kenduri esoknya. Balik ngam-ngam pasang langsir kekemas sikit je. Luar pasang 3-4 kanopi siap makan goodies semua hulur 3-4k, settle.




Yang best kenduri tahlil arwah sana pun meriah macam kenduri kahwin. Huhu


Maksud aku jemputan dia, makanan dia, andddd kalau kat sana kenduri camtu pun dorang ada yang part "salam kaut" tu. Hihi. Kalau kat Melaka ni jumpa salam kaut tu time kenduri kahwin je. Kenduri bebiasa lain ni takde de orang nak salam camtu. Melaka yang best kenduri ni part gotong-royong pulak. Hehe. Riuh-rendah.


Eh, pengantin ke ni? Kakakaka


Pakai katering pun bila habis tu dia punya penat lebih kurang ah. Pasal kena susun kerusi meja bagai tu. Dorang tak kutip terus sebab esok ke lusanya camtu ada kenduri dedekat situ pakai dia jugak. Pinggan mangkuk periuk je dorang settle. Ikutkan tak payah susun takpe meja kerusi tu tapi tu lah kereta anak cucu semua sesepah dah tumpang park rumah orang. Huhu


Pasal malam tu kanopi semua ada lagi, kitorang redah sambut birthday pastu main music chair bagai. Hahahaha. Nama pun redah. Benda memang tak plan pun so kita redah jelah! Hadiah pun main korek dalam purse wallet memasing jek. Kihkih


Whatever it is, iolls seronok angattt pasal menang kategori dewasa hokkayyyy :DDD
 

Jadilah buat lap peluh. Hihi

Habis hari pertama.
Malam tu, iolls dengan si Ammar lah yang paling lena tidur.
Hiks.

24 May 2016

Rekod Baru. Hiks



Cerita dia weekend hari tu tetiba rasa konfiden datang dalam diri nak drive jauh sesorang.


Biasa aku tak konfiden drive jauh sorang. Asal drive jauh mesti ada teman punya. Paling jauh sorang boleh pergi pun dari Sungai Rambai ke Kelemak jelah. Hahahahaha. Pasalnya takut mengantuk. Drive jauh ni kena banyak bebel baru maintain je energy. Jenis aku layan radio pun tak boleh pergi punya. Setakat dalam Melaka tahan lagi ah.


Tapi hari tu sebab Sabtu tu dah bawak parents aku pergi wedding kat Batu Pahat dengan konfidennya, maka hari Ahad aku pun nekad meluaskan kawasan jajahan sampai ke Pasir Gudang sana. Hehehehe. Saja cabar diri :P


Mak gua sampai rembat balang kuih uollsss!


Dan alhamdulillah i iz servaivvvv de jerni occayyyy :D :D :D


Dua jam pergi. Dua jam balik. Cabaran dia tak sama. Kemain over siap "cabaran" kannn. Hahahahahaha! Kira cabaran ah pasal sorang kan. Pagi gerak dengan tak cukup tidurnya. Malam balik dengan hujan ributnya. Dah lah rabun silau aku ni makin teruk. Bertambah-tambah lagilah nampaknyee -_____-


Tapi tak kisahlah. Quality time tu yang penting. Kah!


Walaupun tak ke mana. Sempat makan tengahari kat Kilang Bateri je. Itu pun kat food court je i guess. Pasal yang hipsturrrrr cafe semua tak bukak lagi masa ni. Faham jelah bebeudak zaman sekarang ni. Eh? Hehehehe. Tapi not bad jugaklah. Best jugak besar tempat dia. Sambil makan sambil cuci mata ;)

 


Sooooo
Yeayyyyyyy
Thank youu pakwe
Sebab percaya dengan saya
Hiks. 

14 May 2016

Doktor Bodoh Operation Bodoh



Beberapa hari ni aku perasan newsfeed penuh dengan isu doktor bodoh, pembedahan bodoh bagai buat aku tertarik nak cari terus ke wall pengkomplen. Bukan apa, niat aku nak tengok keadaan kaki yang katanya dibuang kulit saraf hidup tu.


Ye, aku bukan doktor.


Bukan jugak staff kesihatan.


Cuma aku teringatkan arwah nenek. Situasi yang sama. Keadaan kaki yang sama.


Nenek tak pernah mengadu sakit. Petang tu, aku yang perasan kaki dia merah macam kesan luka gigitan (dua titik) masa duduk mengadap beborak sebab esoknya dah nak balik KL. Aku tegur dan nenek kata dia pun tak tahu kena gigit apa. Rasa pedih pastu dia tepis macam tu je masa cabut rumput kat belakang rumah. Esoknya sebelum balik aku sempat pesan kat mak ayah mintak tengokkan kaki nenek.


Fyi, arwah nenek tak pernah ada sakit. Kencing manis, darah tinggi, semua tak pernah ada. Even rekod dekat klinik kesihatan pun takde sebab memang tak pernah ke sana pun. Setakat demam biasa, lenguh-lenguh biasa tu jelah selalu pun.


Aku ingat lagi hari tu hari Isnin. Petang lepas habis kelas aku dapat call kata nenek kena admitted Hospital Muar. Berderau darah. Esoknya, aku dapat call lagi. Mak bagitahu yang doc nak operate kaki nenek. Memula dengar aku pelik jugak. Luka bengkak sikit je setahu aku. Mak bagitahu lagi yang doc detect isi nenek bahagian tu dah membusuk. Infection.


Dannnnnnn operation tu sangat berisiko tinggi pada nenek. Doktor bagi 70/30 sebab arwah pun masa tu dah 96tahun umurnya. Memang dari mula operation sampai habis tak hehenti doa, yaasin semua. Dia punya sedih takpayah cakap. Memang emosi je semua hari tu. Tapi redha jelah. Doktor lebih tahu kerja dia. Dan dia pun bukan Tuhan nak tentukan hidup mati orang. Alhamdulillah, nenek survive the operation :)


Tapi dari lepas habis operation sampai ke akhir hayat nenek, sakitnya dia tanggung setiap kali nurse/doktor cuci buat dressing. Fuhhhh dia punya perit aku cakap sampai aku ni yang duduk jaga dia lari pergi surau menangis tersedu-sedu sana. Dan hehari nenek duk mintak bawak dia balik sebab tak tahan kena cuci T_T


Sampai ke sudahlah jugak memujuk cakap kalau balik pun still kena datang cuci. Luka tu besar. Tiga tulang jari kaki tu clear nampak belah atas. Yang bestnya perkembangan hehari positif. Daging pun dah tumbuh baru. Tulang pun dah hampir cover tapi tu lah, bila Allah kata nak amek, dia tetap amek. Genap sebulan dari tarikh admitted, nenek pergi tinggalkan semua.


Azan Maghrib.
Hari Khamis.
28/7/2011.

Hajjah Mariam Binti Haji Jamil.
13 Disember 1914 - 28 Julai 2011.
Al-Fatihah.

09 May 2016

Wedding



Sekarang ni memang musim ongkawin kan? Asal cuti je kahwin. Asal kahwin je cuti.


Baru ni 07/05 dua pupu aku sebelah ayah kahwin. Macam biasa bila masuk umur camni pantang jumpa mesti ada mulut makcik pakcik duk tanya; "Kau bila lagi?" "Eh, bila nak kahwin?" Huhuhuhu. Kekadang rasa macam malas dah nak attend memana wedding pasal malas nak menjawab. Sobsss


#EttyErman070516


Malas bukan pasal takde calon. Tapi kalau yang tanya tu pun sambil tanya sambil hulur barang seribu dua ye jugak. Mesti semangat je aku nak menjawabnya. Tahun depan pakcik! Tahun depan makcik! Ini tanya modal air liur je. Membazir lagi ada. LOL


Tiga dara atas tu amek berkat pelamin.
Lain tu semua dah mak-mak orang :p


Tapi yang sebenarnya aku ni cucu, sepupu (kiri kanan tu yang bawah tengah tu semua sepupu aku), makcik (yes, si kembar shawl marroon dengan biru tu anak buah aku), nenek (ye jugak pasal si belang atas riba mama dia tu kira cucu sulong aku) terbongsu belah ayah. Sooo aku ada sorang lagi sepupu yang bujang (yang pegang bunga) till you can ask me my turn. Har har har. Tak lama dah. InsyaAllah kalau takde apa bulan 9 ni dia jalan then only I will seriously jawab soalan pakcik makcik. Kah!





Till then,
Simpan dulu soalan makcik pakcik okay?
Muahhh ciked! 

Family Gathering - Melaka.



Cerita dia weekend hari tu sesepupu aku belah mak dari Pahang && KL datang ke Melaka. Nak sambut hari ibu lah kononnya. Tapi takdelah sambut berparty ke mende sangat pun. Just spend time sesama je kot. Hehehehe


Dorang sampai petang so malam tu pergi lepak Klebang kat Dataran Belia 1Malaysia tu sampai pukul 12 camtu. Dari Klebang gerak pulak ke Banda Hilir pasal dorang nak tengok beca lah mende lah. Eksaited kemain sesorang. Dari mula tiba Klebang sampai dah on the way balik rumah mulut memasing duk puji Melaka. Hahahahaha. I iz bangga u knowww :P


Mini beca @ Klebang
Ammar je goodboy reti duduk diam. Hehh


Lepas tu esoknya badan dah barai lenjan malam memasing gatal nak berendam pulak. So, paling dekat diorang request nak mandi air panas. Mana lagi? Air Panas Bemban jelah jawabnya. Tiket masuk dewasa RM6, kanak-kanak RM3 kalau tak silap aku. Sebab bukan aku yang bayar. Aku sesampai je dorang suruh beratur pakai wrist band dah. Huhu


Sini bebudak punya, air sesuam kuku.

Yang ni budak jugak, panas sikit dari sesuam kuku tadi. Haha


Group pertama masuk pagi tu, best sikit ah pasal clear lagi takde orang. Walaupun agak curious pasal kaler air dia tu. Padahal sulfur kot kan. Kihkih


Masuk pukul 9 keluar masa tu almost pukul 1. Fuhhh!


Komen aku kalau rasa nak pergi seseronok tengok bebudak sambil berjimat, yes boleh pergi. Kalau rasa nak have fun sebagai orang dewasa, cari tempat lain. Unless nak pekena air panas dia lah. Part rendam kaki rendam badan air panas, takde hal. Ngamm! 


Tak ramai pun since ada yang dah atas van pemalas nak turun -,,-


Till then,
With love ;)